Insyaallah

   Selamat petang , Alhamdullilah sebab masih bernyawa hari ni :) Blog aku bukan untuk dibuat ditunjuk tunjuk . Tapi aku buat blog ni sebab aku nak tulis apa yang aku rasa dalam ni . Aku tak kisah apa orang nak kata . Aku buat blog ni macam diary aku . okeyyyyy .
    Tadi ada sorang hamba Allah ni datang jumpa aku . Dia cerita yang dia sedih/ kecewa dengan sikap family dia layan dia . Dia cakap kat aku yang ayah dia ni mintak dia buat tu , mintak buat ni . Maksud dia tu macam dia ni tak dak ru ang untuk diri sendiri . Aku faham yang sebagai seorang anak kita kena tolong mak ayah , tapi cara mak ayah dia layan dia tu , aku rasa tak betul . Dia tolong ayah dia berniaga . Ayah dia dok kat rumah sedangkan dia pulak berniaga tengah- tengah  hari . Tadi dia cakap , dia tutup kedai awal sebab nak hujan . Lepas dia tutup dia datang rumah aku . Tiba-tiba pulak hari tak jadi hujan . cuma mendung ja . And riak muka dia pun tiba-tiba berubah . Bila aku tanya kenapa , dia kata dia rasa bersalah . Ingatkan bersalah sebab apa la , rupanya rasa bersalah sebab tutup kedai awai . Maksud aku ni  macam ' hah ! tak kan lah sebab hang tutup kedai pun nak rasa bersalah ? lagipun tadi memang mendung , cuma tiba-tiba tak jadi nak hujan . bukan salah hang pun '. Cara dia cakap ni memang macam dia terikat sangat dengan mak ayah dia. Bukanlah nak suruh jadi anak derhaka ke apa , cuma kalau boleh tu , cakap la dengan mak ayah yang kita pun perlu masa untuk diri sendiri . Ni sampai tutup kedai sebab nak hujan pun dah rasa bersalah . Dasyat ! Aku cuba nak tenangkan dia tadi , tapi aku tak tau nk cakap macam mana . Nak tanya mak ayah aku pun , nanti takut dia tak selesaa .

    Aku tulis kat sini bukan sebab aku nak aib kan dia . Aku cuma nak tulis apa yang aku rasa . Bagi aku , dia tak boleh dilayan macam tu . Dia pun ada hak . Kerja rumah yang sepatutnya menjadi kerja orang perempuan atau anak perempuan pun dia yang buat . Dia ni lelaki . aku ulang 'lelaki'. Ada ke lelaki yang nak  sapu sampah , basuh kainn, kemas rumah dan masak untuk adik-adik zaman sekarang ni ? Tambah-tambah bila umur tu dah mencecah enam belas ke dua puluh tahun ? tak kan? memang jarang la nak jumpa sekarang ni . Aku bangga jugak la dengan dia sebab tak semua lelaki mampu buat macam tu . Cuma sekarang ni , masalah dia yang tu lah , terlalu terikat dengnan keluarga sedangkan yang kawan yang lain boleh keluar meronda . haih, apa pun aku harap hidup dia akan bahagia dengan apa yang dah dia lalui . Untuk hang kawan , sentiasa bersabar dengan apa yang kita lalui , setiap kesusahan ada kesenangannya nanti . Banyakkan berdoa .Allah sentiasa membantu umatnya yang dalam kesusahan . INSYAALLAH .
Khamis, 14 Februari 2013 @ 7:24 PTG / 0 cups


« Older posts Newer posts»



Copyright ©. Layout by OhMissLinda.
Please view with Google Chrome in a screen resolution of 1280 x 800.
Picture from: Tumblr All rights reserved 2011 - Infinite.